Walaupun peperangan perkhidmatan strim telah mempunyai mangsa pertama iaitu Mixer, akan tetapi peperangan masih berlaku di antara YouTube, Facebook dan juga Twitch. Minggu ini, dua strimer besar Twitch iaitu TimTheTatman dan DrLupo telah berpindah ke YouTube Gaming.

TimTheTatman dan DrLupo sering bermain bersama untuk permainan-permainan FPS seperti Call of Duty: Warzone dan Apex Legends. Sama ada mereka akan membawa pengikut yang sama ke YouTube masih tidak diketahui lagi, akan tetapi kedua-dua mereka sudah mempunyai channel Youtube di mana TimTheTatman mempunyai 3 juta pengikut dan DrLupo 1.78 juta.

DrLupo sudah beberapa kali strim di Youtube minggu ini dan mendapat tontonan lebih 100 ribu setiap sesi, manakala TimTheTatman dijangka melakukan strim pertama di YouTube bersama dengan DrLupo tidak lama lagi.

Selepas Mixer ditutup sebelum ini, Shroud dan juga Ninja kembali ke Twitch, tetapi kali ini mereka kehilangan dua lagi nama besar.

Sohor Kini