Ubisoft telah mengumumkan yang pemain boleh mencuba Watch Dogs: Legion secara percuma pada 4 September sehingga 6 September ini untuk PlayStation 4, PlayStation 5, dan PC melalui Ubisoft Store dan juga Epic Games Store. Anda boleh mula pra-muat permainan bermula hari ini.

Melalui sesi percuma ini, pemain boleh mengakses kesemua permainan iaitu kempen penceritaan dan juga mod dalam talian. Dengan kempen mengambil lebih kurang 20 jam untuk dihabiskan, secara teorinya anda boleh menghabiskan keseluruhan permainan di dalam sesi percuma ini.

Namun, jika tidak sempat dan ingin meneruskan sesi permainan, ia juga ditawarkan dengan potongan harga iaitu 60% untuk semua edisi dan 35% untuk Pas Semusim di PC dan 57% untuk Deluxe dan Gold Edition di PlayStation.

Watch Dogs: Legion sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini; Ulasan Mini – Watch Dogs Legion.

Sohor Kini