Private Division dan Obsidian Entertainment telah mengumumkan yang DLC kedua dan juga yang terakhir untuk The Outer Worlds akan tiba di Switch pada 9 September 2021 selepas dilancarkan untuk platform lain pada bulan Mac lepas.

Di dalam penambahan ini, pemain telah diminta untuk menyiasat mengenai misteri pembunuhan yang berlaku di planet Eridanos iaitu planet di mana air soda popular Rizzo dikilangkan. Pemain perlu menyiasat pembunuhan Ruth Belamy iaitu pelakon untuk watak Halcyon Helen yang sepatutnya menjadi duta kepada jenama air tersebut.

Murder on Eridanos boleh didapatkan secara berasingan dengan harga $14.99 ataupun sebahagian daripada Pas Penambahan dengan harga $24.99 yang juga hadir dengan penambahan pertama iaitu Peril on Gorgon.

The Outer Worlds sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Anda boleh baca ulasan kami untuk The Outer Worlds dan Peril on Gorgon di pautan ini; Ulasan Mini – The Outer Worlds Dan DLC Peril on Gorgon dan ulasan untuk penambahan Murder on Eridanos di pautan ini; Ulasan The Outer Worlds: Murder on Eridanos – Menjadi Sherlock Holmes Di Halcyon.

Sohor Kini