Microsoft akhirnya mengumumkan permainan baharu yang akan disertakan di dalam Xbox Game Pass untuk pertengahan pertama bagi bulan September. Ia lebih memfokuskan kepada penawaran permainan Indie bersama dengan satu permainan oleh Square Enix iaitu Final Fantasy XIII.

Berikut adalah permainan lain yang diumumkan menyertai Xbox Game Pass pada pertengahan pertama bulan ini;

  • Craftopia (Xbox, xCloud, PC) – 3 September 2021
  • Final Fantasy XIII (Xbox, PC) – 3 September 2021
  • Signs of the Sojourner (Xbox, xCloud, PC) – 3 September 2021
  • Surgeon Simulator 2 (Xbox, xCloud, PC) – 3 September 2021
  • Crown Trick (Xbox, PC) – 8 September 2021
  • Breathedge (Xbox, xCloud, PC) – 10 September 2021
  • Nuclear Throne (Xbox, PC) – 10 September 2021
  • The Artful Escape (Xbox, PC) – 10 September 2021

Mereka juga mengumumkan senarai permainan yang akan meninggalkan Xbox Game Pass pada 16 September;

  • Red Dead Online (14 September)
  • Company of Heroes 2
  • Disgaea 4
  • Forza Motosport 7
  • Hotshot Racing
  • The Dark Crystal: Age of Resistance Tactics
  • Thronebreaker: The Witcher Tales

Permainan-permainan tersebut ditawarkan dengan harga 20% jika anda ingin mendapatnya secara penuh.

Bagi anda yang ingin mengetahui lanjut, ataupun ingin mengetahui cara untuk melanggan Xbox Games Pass for PC anda boleh membacanya di artikel – 5 Tip Penggunaan Xbox Game Pass for PC.

Sohor Kini