Sony Interactive Entertainment hari ini akhirnya mengumumkan permainan percuma buat pelanggan PlayStation Plus secara rasmi bagi bulan September untuk pemain di Malaysia.

Mereka menyertakan tiga permainan percuma yang boleh ditebus bermula 7 September sehingga 4 Oktober 2021;

  • Overcooked! All You Can Eat (PS5)
  • Hitman 2
  • Predator Hunting Grounds

Overcooked! All You Can Eat adalah berkas kesemua permainan Overcooked! bersama dengan semua DLC yang pernah dilancarkan, ia ditawarkan untuk pemilik PS5 sahaja, akan tetapi anda masih boleh menebusnya melalui laman web ataupun aplikasi di peranti pintar.

Hitman 2 adalah permainan kedua untuk Hitman versi olahan semula ia dikeluarkan pada tahun 2018, Predator hunting Grounds adalah permainan multi-pemain dan anda boleh baca ulasan kami di pautan ini; Ulasan Mini – Predator: Hunting Grounds.

PlayStation Plus merupakan langganan khas buat konsol PlayStation di mana ia bukan sahaja menyertakan permainan percuma setiap bulan, malah pemain turut akan menerima diskaun khas dan juga fungsi untuk bermain secara atas-talian dan menyimpan fail simpanan permainan secara atas awan. Langganan PlayStation Plus bermula RM29 sebulan, RM69 untuk 3 bulan dan RM159 untuk setahun.

Jika anda masih tidak menebus untuk permainan yang ditawarkan pada bulan Julai anda masih boleh melakukannya sehingga 2 Ogos 2021.

Sohor Kini