Riot Games telah mengumumkan yang musim baharu untuk Valorant iaitu Episod 3 Act II akan bermula pada 8 September ini, bersama dengannya Battlepass baharu boleh diperoleh dengan harga seperti biasa iaitu 1,000 VP.

Berikut adalah antara apa yang boleh diperoleh melalui Battlepass ini, secara percuma dan juga melalui pembelian battlepass;

  • Percuma
    • Hiasan Artisan untuk Ghost
    • Time’s Up Gun Buddy
    • Artisan Gun Buddy
    • Penyembur Nice Try!
    • Kad Versus // Phoenix + Phoenix
  • Berbayar
    • Artisan Foil
    • Artisan Phantom 
    • Nitro Operator 
    • Nitro Vandal
    • Varnish Sheriff
    • Follow Me Gun Buddy
    • Penyembur Does Not Compute
    • Kad Unstoppable // Reyna

Selain itu, Riot Games juga mengumumkan peta baharu iaitu Fracture yang akan menjadi peta ketujuh di dalam Valorant. Ia adalah peta berbentuk H dengan pemisahan di tengah. Ia juga mempunyai satu ziplines panjang yang menyambung di bawah. Ia adalah peta pertama yang mempunyai objek interaktif.

Menurut Pereka Peringkat untuk Riot Games, Joe Lansford, melalui peta Fractured mereka ingin membawa cabaran baharu kepada setiap pasukan tidak kira menyerang ataupun bertahan antaranya setiap kawasan tidak lagi melebihi pihak yang menyerang ataupun bertahan.

Valorant sudah dikeluarkan untuk PC. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini