Brendan Greene iaitu pengarah asal untuk permainan PUBG: Battlegrounds telah beralih daripada permainan battle royale tersebut kepada permainan baharu iaitu Prologue yang diumumkan ketika The Game Awards 2019.

Pada awalnya, beliau dikatakan membangunkan permainan tersebut melalui studio PlayerUnknown Productions di bawah PUBG Corp dan Krafton, namun melalui laporan terbaru oleh Eurogamer, PlayerUnknown Productions adalah studio pensedirian untuk Brendan Greene dan Krafton hanya mempunyai pemilikan minoriti.

Perkembangan terbaru ini juga mungkin adalah sebab utama mengapa PUBG Corp telah menukar nama PlayerUnkown’s Battlegrounds kepada PUBG: Battlegrounds. Agar tidak keliru dengan studio baharu PlayerUnknown Productions.

PlayerUnknown Productions menjadikan Amsterdam, Belanda sebagai ibu pejabat, semasa pengumuman tidak lagi terlibat dengan PUBG, Brendan Greene juga berpindah dari Korea ke Belanda.

Sohor Kini