Assetto Corsa merupakan satu siri permainan simulasi perlumbaan yang popular, sejak dilancarkan bermula pada 5 tahun lepas, ia telah mencatat jumlah jualan €100 juta (~RM490 juta) di semua platform seperti yang kami laporkan pada bulan Februari lepas.

Bermula minggu ini, mereka telah membawa ke platform baharu iaitu mudah alih melalui Assetto Corsa Mobile yang telah dilancarkan untuk iPhone dan juga iPad. Ia adalah permainan berbayar dengan harga RM19.90 di App Store dan buat masa ini tidak mempunyai sebarang pembelian di dalam aplikasi.

Melaluinya mereka menawarkan 6 mod berbeza iaitu Practice, Classic Race, Time Attack, Endurance, Overtake dan Speed Camera. Ia juga mempunyai 59 kereta rasmi dan 9 pilihan litar yang berbeza.

Buat masa ini, 505 Games tidak mempunyai perancangan untuk membawa Assetto Corsa Mobile ke peranti Android oleh itu ia adalah terhad kepada peranti keluaran Apple sahaja.

Sohor Kini