The Way of The Househusband adalah siri anime berdasarkan manga Gokushufudo yang popular. Ia mengisahkan mengenai seorang bekas Yakuza iaitu Immortal Tatsumi, berhenti menjadi penjenayah untuk menjadi seorang suri rumah sepenuh masa selepas berkahwin.

Siri anime untuknya sudah tiba sejak 8 April lepas dan mempunyai 5 episod secara keseluruhan dengan lebih kurang 20 minit untuk satu episod. Ia adalah menarik tetapi sedikit mengecewakan dari segi gaya animasi.

Baru-baru ini, Netflix hadir dengan satu siri aksi nyata iaitu The Ingenuity of the Househusband, akan tetapi agak sukar untuk mengatakan yang ia adalah satu siri aksi nyata secara penuh.

Walaupun mempunyai 5 episod, akan tetapi setiap episod hanyalah 5 minit sahaja dan sekadar memperlihatkan Tatsumi yang dibawa oleh Kenjiro Tsuda, iaitu pelakon suara untuk watak tersebut di dalam siri anime melakukan tugasan seorang suri rumah seperti membancuh kopi.

Dengan jelasnya ia adalah membawa watak yang sama dengan The Way of The Househusband akan tetapi siri ini kami rasakan lebih kepada dokumentari ringkas untuk memperlihatkan tugasan-tugasan harian tersebut dan bukan satu siri aksi nyata untuk penceritaan ini.

Ia adalah satu adaptasi yang aneh akan tetapi jika anda ingin meluangkan beberapa minit untuk tontonnya, ia boleh dilakukan melalui pautan ini.

Pada tahun 2020, Nippon TV di Jepun adalah mengeluarkan siri aksi nyata ‘sebenar’ untuk The Way of The Househusband di mana watak Tatsumi dilakonkan oleh Hiroshi Tamaki.

Sohor Kini