Antara kelebihan yang di berikan kepada pelanggan Nintendo Switch Online adalah mereka akan menerima sebilangan permainan Nintendo Entertainment System (NES) dan Super Nintendo Entertainment System (SNES) secara percuma.

Sejak kebalangkangan ini, penawaran untuknya kurang menarik dan ramai pemain mula merungut yang ia masih ketinggalan jika ingin dibandingkan perkhidmatan seperti PS Plus dan juga Xbox Live God.

Dengan perkhidmatan Nintendo Switch Online akan memasuki tahun ketiga pada bulan ini, “NateDrake” melalui podsiar beliau iaitu “Nate the Hate” mengatakan yang Nintendo akan menawarkan permainan Game Boy dan Game Boy Color untuk perkhidmatan tersebut (dilaporkan terlebih dahulu oleh Nintendo Life)

Buat masa ini ia hanyalah sekadar ura-ura, akan tetapi dengan kebanyakan pemain akan melakukan pembaharuan langganan Nintendo Switch Online bulan ini, mereka sudah semestinya mencari cara untuk menambah nilai bagi perkhidmatan ini. Oleh itu tidak mengejutkan jika ia adalah benar.

Sohor Kini