Garena sedia menawarkan Free Fire, dan kini mereka menawarkan variasi permainan Free Fire dengan grafik lebih baik, ciri-ciri yang ditambah-baik, dan lebih dioptimasikan untuk peranti berspesifikasi tinggi.

Dinamakan Free Fire MAX, dengan penawaran ini, permainan aksi tembak-menembak dan Battle Royale ini dijangka akan terus dapat bersaing denga permainan lain yang menawarkan grafik lebih baik sebelum ini.

Bagi anda yang meminati Free Fire, dan inginkan permainan lebih realistik berbanding sebelumnya, boleh mendapatkannya di Android dan iOS hari ini.

Bagi anda yang meminati Free Fire, dan mempunyai peranti berspesifikasi tinggi, mungkin boleh mencuba Free Fire MAX ini hari ini. Garena mengatakan pemain akan dapat sync semua data mereka ke versi Free Fire MAX ini.

Sohor Kini