Pada 19 hingga 20 Ogos lepas, pusingan kelayakan untuk Free Fire MCP Major Musim 2 telah selesai dianjurkan dan daripada pusingan tersebut, 12 pasukan telah melayakkan diri untuk ke peringkat liga.

Mereka adalah Argon MY, Ddeasy, Zeth Squad, Bloody Head, Enigmax, Tactical Intex, AKD Legends, Kenotxbrain, Umbrella Rebord, PXF Radicals, 4xmen Xpert, dan Metrixx.

Mereka akan menyertai 6 pasukan terbaik daripada Musim 1 iaitu Almghty, WEWS, Supreme Assault Forces, FastKill.my, Blacklist International dan Freedom Rumble.

18 pasukan tersebut telah dibahagikan kepada tiga kumpulan seperti berikut;

Pusingan liga ini akan berlangsung bermula pada 28 Ogos sehingga 3 Oktober 2021 untuk merebut 12 slot ke peringkat Akhir dan berpeluang untuk memenangi $50 ribu hadiah terkumpul.

Anda boleh mengikut kejohanan ini melalui penstriman langsung di laman Facebook rasmi Free Fire dan juga Youtube bermula pada 28 Ogos setiap pukul 1 petang.

Garena Free Fire sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini