Disney+ Hotstar bermula hari ini telah menyiarkan episod pertama untuk The Walking Dead Musim Ke-11, dan episod-episod seterusnya akan disiarkan setiap hari Jumaat. Musim ke-11 seperti diumumkan sebelum ini adalah musim terakhir untuk The Walking Dead.

Musim baharu ini akan memfokuskan mengenai Commonwealth iaitu satu kumpulan orang yang terselamat yang terdiri daripada hampir 50 ribu orang, selain itu meneruskan dari musim lepas Daryl, Maggie dan Negan juga sedang melakukan misi untuk melawan Reapers dan Eugene sedang mencari cara untuk menyelamatkan Alexandria.

Musim ke-11 ini akan mempunyai 24 episod, dan jika anda terlepas mana-mana musim The Walking Dead, kesemua musim juga boleh ditonton di Disney+ Hotstar.

Walaupun ini adalah musim terakhir, AMC merancang untuk hadir dengan siri sampingan yang akan mengikut watak Daryl Dixon dan Carol Peletier akan tiba pada tahun 2023.

Sohor Kini