Riot Games dan ESL Malaysia telah mengumumkan penganjuran League of Legends Wild Rift dan Valorant Merdeka Show, bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan ke-64. Melaluinya pencipta kandungan tempatan akan melakukan pelbagai aktiviti yang menguji kemahiran dan juga pengetahuan mengenai Malaysia dan dua permainan tersebut.

Pencipta kandungan yang akan terlibat adalah Ikuto, Ellemonade dan Sahaja Gaming yang akan membentuk satu pasukan iaitu Team Nasi Lemak, manakala Soultannn, Emi dan Sya Meoow akan membentuk satu lagi pasukan iaitu Team Roti Canai.

Merdeka Show ini akan dirakam secara dalam talian dan dibahagikan kepada tiga episod yang akan disiarkan pada:

  • Episod 1 – 31 Ogos 2021
  • Episod 2 – 1 September 2021
  • Episod 3 – 2 September 2021

Selain menonton, penonton juga boleh berinteraksi dengan menjawab soalan yang dipaparkan di setiap penghujung episod dan jawapan yang terbaik akan berpeluang untuk memenangi hadiah.

Selain itu, Riot Games juga telah menderma $3.5 ribu kepada Kechara Soup Kitchen (KSK) yang membantu komuniti-komuniti terpinggir di Malaysia seperti golongan gelandangan, miskin bandar dan orang asli.

League of Legends Wild Rift dan Valorant Merdeka Show ini boleh ditonton di laman Facebook dan Youtube untuk Wild Rift Malaysia dan juga laman Facebook Valorant.

Sohor Kini