Bravely Default II Akan Dilancarkan Di Steam Minggu Depan

Square Enix telah mengumumkan yang mereka akan membawa Bravely Default II yang sebelum ini dilancarkan secara eksklusif untuk Nintendo Switch ke PC. Ia akan dikeluarkan di Steam pada 3 September 2021.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Walaupun merupakan permainan susulan kepada Bravely Default dan Bravely Second, ia membawa watak dan penceritaan baharu. Bravely Default II adalah permainan JRPG yang mengikut empat watak utama iaitu Seth, Gloria, Elvis dan Adelle yang sedang mencari empat kristal.

Jika anda berminat, ia boleh di pra-tempah di Steam dengan harga RM215.10 iaitu potongan harga sebanyak 10% sehingga 14 September 2021.

Sohor Kini