Demon Slayer The Movie: Mugen Train merupakan filem dengan kutipan tertinggi di Jepun, ia juga menjadi filem paling laris di GSC untuk dua minggu berturut-turut, dengan kata lain ia adalah satu filem yang berjaya.

Jika anda tidak sempat untuk menontonnya, ataupun ingin menontonnya sekali lagi, akhirnya peluang telah tiba apabila Demon Slayer The Movie: Mugen Train akan disiarkan di Netflix pada 11 September ini.

Filem ini berlaku di antara siri anime musim pertama dan musim kedua yang akan disiarkan sekitar akhir tahun ini. Jika anda tidak membaca manga, dan sekadar menonton anime, filem ini sudah semestinya satu kewajipan sebelum bermulanya musim kedua kelak.

Selain itu, Netflix juga akan membawa Dr Stone musim kedua pada 14 September, The Promised Neverland musim kedua dan Your Name akan tiba pada minggu depan.

Sohor Kini