Moonton mengumumkan yang bersempena dengan sambutan Hari Merdeka pada 31 Ogos ini, mereka akan memberikan emote khas kepada semua pemain yang log masuk selama 5 hari diantara 26 Ogos sehingga 1 September.

Emote untuk Badang iaitu watak pertama berdasarkan hero dari Malaysia yang tiba pada tahun 2019 akan disuarakan oleh Faris Zakaria ataupun lebih dikenali dengan nama Soloz. Ia akan memperlihatkan Badang mengibarkan bendera Jalur Gemilang.

Mereka juga baru-baru ini telah memulakan acara kolaborasi bersama dengan Transformer yang akan berlangsung 25 Ogos sehingga 22 November dan pemain berpeluang untuk mendapatkan kostum Optimus Prime untuk Johnson, Megatron untuk Granger dan Bumblebee untuk X. Borg.

Mobile Legends: Bang Bang sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini