Strikerz Inc iaitu studio permainan video yang ditubuhkan sejak tahun 2016 oleh Vizor Games dan Playrix ketika acara pembukaan Gamescom telah mengumumkan yang mereka akan hadir dengan permainan simulasi bola sepak baharu iaitu UFL.

UFL dikatakan akan tiba di semua platform permainan yang utama dan tarikh pelancaran akan diumumkan kemudian. Sementara itu, anda boleh tonton video yang memperlihatkan grafik di dalam permainan.

Strikerz Inc mengatakan yang semasa pelancaran, ia akan menyertakan 5000 pemain profesional melalui kerjasama dengan FIFPRO iaitu badan yang mewakili lebih 65000 pemain bola sepak. Pemain UFL boleh membentuk pasukan sendiri menggunakan pemain-pemain tersebut.

UFL adalah permainan percuma dan tidak akan menyertakan sebarang konsep beli untuk menang dan ingin ia menjadi permainan yang adil untuk semua.

Sohor Kini