Death Stranding akan menjadi permainan oleh PlayStation Studios seterusnya yang menerima “Director’s Cut” selepas Ghost of Tsushima baru-baru ini, yang anda boleh baca ulasan kami di pautan ini; Ulasan Ghost of Tsushima Director’s Cut – Penambahan Bermakna Tetapi Terhad.

Ketika acara pembukaan untuk Gamescom 2021, Hideo Kojima telah menyunting satu video baharu yang memperlihatkan pelbagai penambahan yang akan tiba untuk permainan tersebut. Anda boleh tontonnya di bawah.

Antara yang diperlihatkan adalah sokongan serta peralatan penghantaran yang baharu seperti stabilizer yang terletak di bahagian belakang Sam yang membolehkan Sam untuk melompat dari tempat tinggi dengan selamat. Seteruisnya adalah Catapult untuk menghantar kargo satu tempat yang jauh, agar Sam tidak perlu membawanya dari awal.

Sam juga akan mempunyai rakan penghantar baharu iaitu robot ataupun buddy bot yang boleh membawa kargo dan mengikuti Sam ataupun membawa Sam sendiri. Buddy bot boleh bergerak secara sendiri, oleh itu ia berfungsi seakan perjalanan automatik.

Death Stranding Director’s Cut juga menerima fasiliti baharu iaitu firing range, melaluinya Sam boleh mencuba penggunaan pelbagai senjata yang ada dengan pelbagai keadaan berbeza melalui sistem realiti terimbuh. Senjata baharu juga disertakan antaranya adalah Mazer Gun yang akan menembak renjatan elektrik.

Pemain juga boleh mengulangi pertempuran dengan bos di dalam permainan ini dengan mudah iaitu melalui figura bos-bos tersebut yang sebelum ini sekadar menjadi penghiasan di dalam bilik Sam. Pemain boleh bertanding dengan pemain lain untuk mendapat skor tertinggi melalui Leaderboad yang disertakan.

Misi baharu akan disertakan yang akan membawa penceritaan berlainan, misi ini juga tampaknya memerlukan lebih banyak pertempuran dan ia nampak seperti satu misi untuk Metal Gear Solid.

Lain-lain yang disertakan adalah jump ramps untuk membolehkan Sam melompat menggunakan motosikal ke satu tempat yang jauh termasuk juga melepasi jurang, Sam juga boleh melakukan pelbagai gaya semasa melompat. Bosan dengan kerja penghantaran, Sam juga kini boleh berlumba di beberapa litar dan menguji masa dengan pemain lain.

Death Stranding Director’s Cut ajkan dikeluarkan pada 24 September untuk PS5 dan ditawarkan dengan harga RM209 untuk edisi biasa, dan RM249 untuk edisi Deluxe Edition. Pemain yang sudah memiliki Death Stranding di PS4, boleh naik taraf ke Deluxe Edition dengan harga RM50. Bagi pemain yang tidak ingin mengulangi semula sesi permainan, fail simpanan dari PS4 boleh dipindahkan ke Director’s Cut ini.

Sohor Kini