SloClap ketika acara pembukaan untuk Gamescom 2021 telah mengumumkan yang permainan aksi roguelike mereka iaitu Sifu akan dilancarkan pada 22 Februari 2022 untuk PlayStation 4, PlayStation 5 dan PC melalui Epic Games Store.

Video pengumuman boleh ditonton di bawah.

Sebagai satu permainan roguelike, di dalam Sifu, pemain akan memula semula apabila terbunuh, akan tetapi pemain akan bertambah umur setiap kali memulakan sesi yang baharu. Apabila pemain telah menjadi terlalu tua, permainan akan bermula semula.

Mereka sebelum ini mengumumkan ia sepatutnya akan tiba pada tahun ini, akan tetapi dengan keadaan tidak menentu akibat pandemik Covid-19 ia terpaksa ditunda. Bagi anda yang ternanti-nanti, pra-tempahan untuk permainan ini juga kini dibuka.

Sohor Kini