Seperti diumumkan sebelum ini, The King of Fighters XV akan dikeluarkan pada suku pertama tahun hadapan, ketika acara pembukaan untuk Gamescom awal pagi tadi, Koch Media dan SNK Corporation telah mengumumkan yang ia akan dilancarkan pada 17 Februari 2022 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

The King of Fighters XV akan menyertakan 39 watak termasuk juga watak-watak klasik, watak-watak kegemaran pemain dan juga watak yang akan memainkan peranan penting di dalam penceritaan. Dengan penglibatan ramai watak ini, mereka menjanjikan Mod Penceritaan yang lebih menarik.

Ia juga akan terus menyertakan sistem pertempuran pasukan 3 lawan 3 bersama dengan pelbagai mekanik baharu seperti Shatter Strike yang membolehkan pemain untuk membalas serangan lawan, dan juga mod MAX yang ditambah-baikkan.

The King of Fighters XV akan menyokong sesi multi-pemain sehingga 2 pemain secara setempat dan sehingga 8 pemain secara dalam talian dengan menyertakan pelbagai mod dalam talian seperti Ranked, Casual, Room dan juga Online Training. Terdapat juga mod DRAFT Versus yang memerlukan pemain untuk merebut watak yang diinginkan.

Bagi menjaminkan pengalaman dalam talian yang terbaik, SNK juga mengatakan yang permainan ini akan menggunakan rollback netcode.

Sesi pra-tempahan untuk The King of Fighters XV kini bermula di PlayStation Store dengan harga RM249 dan juga di Xbox Store dengan harga $59.99 untuk pasaran Amerika Syarikat.

Sohor Kini