Steven Soderbergh adalah seorang pengarah yang berbakat. beliau cukup terkenal dengan filem-filem Indie dan antara karya beliau yag terkini adalah No Sudden Move yang boleh anda tonton di HBO Go. Beliau bekerjasama dengan Ed Solomon, iaitu penulis filem seperti Now You See Me untuk menjayakan filem ini.

Terkini The Hollywood Reporter melaporkan yang Steven Soderbergh dan Ed Solomon aka berganding bahu sekali lagi untuk siri TV di HBO Max – Full Circle. Kedua-dua individu ini akan menjad penerbit eksekutif bersama Casey Silver sebagai penerbit yang turut menerbit filem No Sudden Move.

Siri TV ini berlatarkan konsep penculikan yang tidak menjadi. Siri TV ini berasaskan skrip yang ditulis oleh Ed Solomon yang ditulis selama 2 tahun dan ia mempunyai konsep yang cukup terkenal dengan Steven Soderbergh. Ia akan merungkaikan kisah penculikan yang tidak menjadi ini dan akan ada konsep di mana satu watak ini berkait dengan watak lai dan berterusan dengan pelbagai watak lain lagi. elemen budaya moden bandar New York juga akan disertakan.

Sama-sama kita nantikan.

Baca: Ulasan No Sudden Move – Filem Rompakan Noir Yang Menarik, Walaupun Gila Perlahan

Sohor Kini