Hari ini, Deep Silver dan Volition telah mengumumkan permainan baharu untuk Saints Row yang akan menjadi permulaan semula bagi siri permainan dunia terbuka ini. Ia akan tiba pada Februari tahun hadapan.

Bersempena dengan pengumuman tersebut, Epic Games Store juga telah menawarkan Saints Row: The Third Remastered secara percuma sehingga 2 September 2021, menyertai 2 lagi permainan percuma yang diumumkan pada minggu lepas.

Saints Row: The Third pertama kali dikeluarkan pada tahun 2011, versi Remastered ini dikeluarkan pada tahun lepas yang menyertakan senjata, kereta yang sudah direka semula dengan kualiti yang lebih baik. Bandar juga disertakan tekstur yang berkualiti tinggi, secara keseluruhan lebih 4000 aset dihasilkan semula.

Epic Games Store: Saints Row: The Third Remastered

Sebagai tawaran sebenar untuk minggu ini, Automachef juga kini ditawarkan percuma di Epic Games Store. Seperti Saints Row The Third Remastered tawaran ini juga akan berakhir pada 2 September.

Automachef adalah permainan pengurusan sumber di mana pemain perlu mencipta satu dapur yang sepatutnya boleh berfungsi secara automatik dengan menyelesaikan pelbagai cabaran.

Epic Games Store: Automachef

Selepas tawaran untuk kedua-dua permainan ini berakhir, mereka akan mengantikkan pula dengan permainan Yoku’s Island Express.

*artikel dikemaskini untuk menambah penawaran Automachef dan menyertakan penawaran untuk minggu depan

Sohor Kini