Skip to main content

Dotemu dan Tribute Games ketika acara pembukaan untuk Gamescom 2021 hari ini telah memperlihatkan video bentuk permainan baharu untuk permainan Teenage Mutant Ninja Turtles: Shredder’s Revenge iaitu permainan aksi side-scroller berdasarkan IP popular ninja penyu ini.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah, yang memfokuskan kepada April O’Neil iaitu salah satu watak yang boleh digunakan selain daripada Leonardo, Raphael, Donatello dan Michelangelo.

Sebagai pemberita, April O’Neil sentiasa membawa mikrofon dan ia juga menjadi salah satu senjata untuknya, selain daripada melakukan serangan secara fizikal. April O’Neil juga mempunyai kebolehan untuk menghidupkan kembali rakan dengan menggunakan pizza, ia mungkin sistem yang dikongsi oleh semua watak.

Teenage Mutant Ninja Turtles: Shredder’s Revenge akan dikeluarkan pada tahun 2022 dan buat masa ini hanya disahkan untuk Nintendo Switch dan juga PC.

Leave a Reply