Call of Duty: Vanguard sudah disahkan akan terus menerima kempen penceritaan, sesuatu yang tidak lagi disertakan di dalam permainan Battlefield 2042 oleh EA. Kempen penceritaan di dalam Vanguard akan memfokuskan bagaimana Special Forces ditubuhkan, Special Forces adalah kumpulan penting di dalam mod multi-pemain.
Ketika acara pembukaan Gamescom 2021, Activision telah berkongsi lanjut mengenainya melalui satu video yang memperlihatkan salah satu daripada empat watak yang akan digunakan iaitu Polina Petrova. Anda boleh tonton video tersebut di bawah.
Polina Petrova merupakan seorang tentera medikal, akan tetapi selepas tempatnya iaitu Stalingrad diserang oleh tentera Nazi, dia terpaksa melawan dengan Nazi untuk menyelamatkan ayahnya. Di dalam video, turut diperlihatkan yang selain bertempur, ia juga menyertakan pelbagai elemen pengembaraan.
Watak Polina akan disuarakan oleh Laura Bailey, iaitu satu nama yang tidak asingkan lagi di dalam industri lakonan suara. Beliau adalah Abby di dalam The Last of Us Part II dan Black Widow di dalam Marvel’s Avengers.
Call of Duty Vanguard akan tiba pada 5 November 2021 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.