Ketika acara pembukaan untuk Gamescom 2021, Xbox Game Studios dan 343 Industries telah mengumumkan yang Halo Infinite akan dilancarkan pada 8 Disember 2021 untuk Xbox One, Xbox Series dan PC iaitu lebih kurang setahun selepas tarikh asal ia sepatutnya dilancarkan.

Mereka berkongsinya melalui treler cinematic untuk Halo Infinite Multiplayer Musim Pertama yang anda boleh tonton di bawah.

Selain itu, bersempena dengan ulang tahun ke-20 Halo, mereka juga telah mengumumkan Xbox Series X Edisi Halo Infinite, ia juga akan menyertakan alat kawalan rekaan khas dan juga permainan Halo Infinite itu sendiri. Ia ditawarkan dengan harga $549.99 (~RM2,317).

Xbox Elite Controller juga menerima rekaan khas berdasarkan Halo, ia akan ditawarkan dengan harga $199.99 (~RM840) akan tetapi buat masa ini masih tiada tarik pengeluaran yang diumumkan.

Sohor Kini