Pada bulan Jun lepas, Firaxis iaitu pembangun untuk XCOM dan XCOM 2 telah dilaporkan sedang membangunkan permainan baharu berdasarkan IP Marvel. Ketika acara pembukaan Gamescom 2021, mereka telah mengumumkan permainan tersebut secara rasmi iaitu Midnight Suns.

Midnight Suns akan dilancarkan pada Mac 2022 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch dan PC. Mereka akan berkongsi lanjut mengenai bentuk permainan pada minggu depan, akan tetapi berdasarkan temubual bersama dengan Polygon, mereka berkongsi serba sedikit mengenainya.

Pemain akan mencipta watak tersendiri yang dinamakan sebagai The Hunter, yang akan mengetuai sebilangan adiwira Marvel untuk melawan kuasa jahat Lilith. Berikut adalah antara adiwira daripada 13 yang akan tiba di dalam permainan ini Iron Man, Captain America, Captain Marvel, Doctor Strange, Blade, Nico Minoru, Magik, Robbie Reyes/Ghost Rider, dan Wolverine

Menurut Firaxis Games, Midnight Suns tidak akan berkongsi satu pun mekanik daripada XCOM selain daripada ia adalah permainan strategi dan mengikut turutan. Antaranya adalah cara meningkatkan tahap adalah sedikit berbeza, di mana pemain boleh berinteraksi dengan adiwira-adiwira ini semasa berada di The Abbey iaitu boleh dikatakan sebagai HQ untuk mereka.

Selain itu, ia juga tidak menyertakan permadeath, yang bagi kami masuk akal kerana berkemungkinan besar yang permainan ini akan menyertakan bilangan adiwira yang terhad, oleh itu jika ia disertakan akan menjadikan sesi permainan kurang menarik.

Sohor Kini