Netflix baru-baru ini telah mengumumkan acara maya khas untuk peminat, Tudum. Nama acara ini diambil bersempena bunyi daripada intro ikonik mereka. Di Malaysia beberapa bulan lalu, Netflix turut hadir dengan iklan Hari Raya dengan konsep sama “Bila Raya, Tak Payah Ber…

Acara ini akan bermula pada hari ini 3 petang. Pelbagai pelakon dan pencipta filem/siri akan hadir dalam acara ini untuk mengumumkan 70 lagi kandungan asli baharu daripada Netflix.

Antara perkara yang akan didedahkan adalah treler baharu, temuramah, pengumuman dan banyak lagi. Acara ini akan disiarkan di saluran YouTube rasmi Netflix, Twitter dan juga Twitch. Antara perkara yang bakal didedahkan adalah berkait dengan Bridgerton, The Crown, Cobra Kai, Cowboy Bebop, The Sandman, The Witcher, Stranger ThingsArmy of Thieves, Big Mouth, Colin in Black and White, Emily in Paris, La Casa De Papel, Ozark dan juga Sex Education.

Sementara itu, anda boleh saksikan tujuh video baharu yang telah Netflix terbitkan di YouTube mereka, di mana ada di antaranya adalah filem baharu, siri TV baharu dan juga animasi. Sama-sama kita nantikan untuk saksikan apakah yang bakal didedahkan oleh Netflix.

Sohor Kini