Anda ingat lagi kehangatan filem Avengers: Endgame? Treler filem ini mencapai 289 juta tontonan dalam tempoh 24 jam dan telah menjadi treler yang paling banyak ditonton dalam tempoh tersebut.

Kini dengan kehangatan filem Spider-Man: No Way Home, treler filem ini berjaya mencecah lebih 355.5 juta tontonan dalam masa 24 jam. Ini adalah sekitar 66 juta lebih jumlah tontonan berbanding treler Endgame dan lebih sekitar 220 juta berbanding treler Far From Home.

Menurut data yang telah direkodkan, treler Spider-Man: No Way Home kini telah menjadi nombor satu dunia dengan jumlah tontonan terbanyak dengan tempat kedua dan ketiga dipegang oleh treler pertama dan kedua Avengers: Endgame.

Filem ini juga adalah kali pertama agenda Multiverse berlaku dalam plot utama MCU. Selain itu, filem ini juga akan membawa kembali banyak penjahat daripada filem-filem lama Spider-Man da dikhabarkan turut akan menyertakan Tobey Maguire serta Andrew Garfield.

Filem-filem watak Spider-Man daripada Sony Pictures turut dijenamakan semula daripada Sony’s Picture Sony Pictures Universe of Marvel Characters kepada Sony’s Spider-Man Universe.

Sohor Kini