Ketika acara pembukaan Gamescom yang berlangsung hari ini, Deep Silver dan juga Volition telah mengumumkan yang mereka akan melancarkan permainan baharu untuk siri popular Saints Row pada 25 Februari 2022 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC melalui Epic Games Store.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Sebagai permainan satu permainan olahan semula, Saints Row kali ini membawa kembali pemain ke permulaan untuk watan ‘Boss’.

Jika Saints Row sebelum ini bermula dengan anda sebagai ahli baharu di dalam 3rd Street Saints, yang kemudiannya menjadi satu organisasi antarabangsa dan berakhir dengan pemain menjadi Presiden untuk Amerika Syarikat.

Permainan baharu ini akan berlaku di Santo Ileso iaitu satu bandar fiksyen yang bertempat di Selatan Barat Amerika Syarikat. Di bandar ini, pelbagai empayar jenayah sedang berebut kuasa dan pemain yang akan menghasilkan watak sendiri cuba untuk membina satu empayar tersendiri.

Pemain akan bersama dengan tiga orang rakan kongsi iaitu Neenah, Kevin dan Eli akan membentuk satu kumpulan bernama The Saints. Bagi memperluaskan pengaruh pemain, selain berperang dengan empayar lain, pemain juga perlu membina pelbagai perniagaan di dunia terbuka Santo Ileso.

Menurut pembangun ia adalah seperti anda membina satu start-up tersendiri, cuma operasi utama syarikat tersebut adalah melibatkan jenayah.

Selain mencipta watak sendiri, pemain juga boleh melakukan pelbagai lagi pengubah-suaian seperti barangan kosmetik, rekaan kereta dan juga bagaimana konco-konco anda berpakaian.

Sebagai satu permainan Saints Row, pemain juga akan disertakan dengan pelbagai senjata dan peralatan untuk digunakan semasa bertempur.

Saints Row boleh dimainkan secara berseorangan, akan tetapi ia juga menyokong fungsi koperasi secara dalam talian dan rakan anda boleh menyertai pada bila-bila masa sahaja dan tidak semestinya mula dan berakhir bersama.

Sohor Kini