The Lord of the Rings merupakan salah satu siri filem daripada buku yang popular di seluruh dunia. Akhir-akhir ini, sejumlah projek melibatkan siri berkenaan telah diumumkan, termasuk siri-TV dan juga animasi.

Tidak ketinggalan adalah permua (permainan mudah-alih) untuknya. Sedang dibangunkan oleh pihak NetEase Games, permua yang dinamakan The Lord of the Rings : Rise to War bakal dilancarkan untuk pengguna global pada 23 September 2021 kelak.

Lord of the Rings

Melalui permainan berbentuk strategi ini, pemain akan perlu membangunkan tentera dan memperluaskan kawasan jajahan, dan pada masa yang sama mencari One Ring.

Dengan populariti The Lord of the Rings, semestinya permua ini akan menjadi salah satu permua yang dinantikan ramai bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia. Untuk anda yang berminat, turut boleh melakukan pendaftaran minat di laman rasmi permua ini hari ini.

Sohor Kini