Kostum Transformers Kini Tiba Di Dalam Mobile Legends: Bang Bang

Seperti yang diumumkan oleh Moonton sebelum ini, acara kolaborasi Mobile Legends: Bang Bang dengan Transformers kini bermula, dan ia akan berlangsung sehingga 22 November 2021.

Melalui acara ini, pemain akan berpeluang untuk mendapatkan tiga kostum berdasarkan Transformers iaitu Optimus Prime untuk Johnson, Megatron untuk Granger dan Bumblebee untuk X. Borg.

Pemain boleh dapatkan mana-mana kostum ini dengan mengumpul Spray Paint untuk setiap kostum, iaitu terdapat 6 bahagian Spray Paint yang perlu dikumpul untuk mendapatkan satu kostum.

Kebarangkalian untuk mendapatkan Spray juga akan berubah mengikut tarikh, iaitu bermula 24 Ogos sehingga 30 Ogos, setiap kostum mempunyai kebarangkalian yang sama. Manakala bermula 31 Ogos sehingga 27 September, Bumblebee Spray akan dipertingkatkan, diikuti Megatron pada 28 September sehingga 25 Oktober dan Optimus Prime pada 26 Oktober sehingga 22 November.

Mobile Legends: Bang Bang sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini