Rogue Spirit Dilancarkan Secara Akses Awal Di Steam 1 September Ini

505 Games dan Kids with Sticks telah mengumumkan yang permainan permainan aksi roguelite Rogue Spirit akan dilancarkan secara akses awal di Steam pada 1 September 2021, beberapa hari lebih lewat berbanding pengumuman sebelum ini.

Di dalam Rogue Spirit, pemain akan menjadi satu roh dan boleh rasuk mana-mana penjahat dan akan mendapatkan segala kemahiran penjahat tersebut. Mereka menyasarkan untuk menyertakan 20 watak berlainan yang mempunyai kebolehan serta senjata tersendiri. 10 tahap yang direka secara rawak dan 5 persekitaran berbeza.

Jika anda ingin mencuba terlebih dahulu, demo untuknya juga boleh dimuat turun melalui Steam. Buat masa ini tidak disahkan lagi harga untuknya.

Sohor Kini