Square Enix telah mengumumkan yang Final Fantasy IV akan menyertai koleksi Pixel Remaster pada 8 September 2021 untuk Steam dan juga peranti pintar iOS serta Android.

Final Fantasy I sehingga III sebelum ini sudah dikeluarkan dan boleh didapatkan secara berasingan ataupun sebagai satu berkas yang akan mengandungi 6 permainan klasik Final Fantasy. Final Fantasy V dan Final Fantasy VI akan dilancarkan kemudian.

Di dalam Final Fantasy IV, pemain akan menjadi Cecil iaitu kapten kepada Red Wings iaitu tentera kapal udara di bawah Empayar Baron. Cecil telah memberontak ke atas Baron selepas diarah untuk menyerang negara jiran.

Setiap permainan di dalam koleksi Pixel Remaster boleh didapatkan dengan harga RM79 kecuali Final Fantasy I dan Final Fantasy II yang ditawarkan dengan harga RM54. Berkas Pixel Remaster ditawarkan dengan harga RM330.

Sohor Kini