E1 Championship telah memasuki tahun ketiga penganjuran dengan E1 Championship Musim 2 akan bermula pada hari ini. Kejohanan kali ini akan melibatkan 20 pemandu daripada 10 pasukan, termasuk juga Ar Muhammad Aleef untuk Team Flash yang merupakan juara pada tahun lepas.

Kejohanan ini akan berlangsung setiap minggu sehingga bulan November, berikut adalah jadual untuk kejohanan termasuk juga litar perlumbaan;

  • Interlagos, Brazil – 25 Ogos 2021
  • Montreal, Canada – 1 September 2021
  • Indianapolis Motor Speedway, Indy Oval – 15 September 2021
  • Joker Round – 22 September 2021
  • Spa Francorchamps, Belgium – 29 September 2021
  • Joker Round – 13 Oktober 2021
  • Monza Combined, Italy – 20 Oktober 2021
  • Silverstone, UK – 3 November 2021

Joker Round merupakan pusingan baharu yang diperkenalkan pada musim ini, melaluinya pemandu hanya mengetahui litar yang akan menjadi tempat perlumbaan beberapa jam sebelum perlumbaan berlangsung. Selain itu terdapat juga oval race, tetapan sama dan juga perlumbaan waktu malam.

Anda boleh mengikut kejohanan ini secara langsung pada pukul 9 malam melalui eGG Network di Astro ataupun laman Facebook E1 Championship.

Sohor Kini