Moss, Fangio, Prost, Senna, Hamilton, Vettel dan Lauda adalah nama-nama yang digeruni dalam sukan Formula 1. Tetapi kesemunya (kecuali Hamilton) berada di belakang Michael Schumacher sebagai pemandu dengan jumlah kejuaraan dunia terbanyak. Terdapat dua kem dalam Formula 1 apabila bercakap mengenai Schumacher. Ada yang mengatakan beliau hanya juara kerana diberikan kereta yang terbaik. Ada yang berkata beliau ialah Raja Hujan yang memandu sama pantas walaupun hujan lebat.

Persoalan mengenai siapakah Schumacher akan cuba dijawab oleh dokumentari Schumacher yang akan hadir ke Netflix pada 15 September ini. Trailer dokumentari diterbitkan semalam sebagai menyambut ulang tahun ke-30 beliau menyertai F1. Trailer dokumentari ini dikongsi semalam dan nampaknya akan membincangkan siapkah beliau dari pandangan ahli keluarga, rakan sepasukan dan pesaing di atas litar.

Tiada banyak maklumat diketahui mengenai dokumentari yang diarahkan serta ditulis oleh Hanns-Bruno Kammertöns, Vanessa Nöcker, dan Michael Wech. Kerana akses kepada ahli keluarga diberikan, adakah akan ada babak Schumacher dipaparkan kelak. Tidak banyak maklumat atau gambar beliau dikongsi oleh ahli keluarga sejak kemalangan ketika meluncur salji pada tahun 2013 mengakibatkan beliau mengalami kecederaan otak yang serius.

Sohor Kini