Ubisoft telah melancarkan kemaskini 5.5 untuk Watch Dogs: Legion yang antaranya menyertakan kandungan rentas siri Assassin’s Creed. Anda boleh tonton video mengenainya di bawah.

Watch Dogs: Legion akan menerima dua misi penceritaan baharu yang berkait dengan Assassin’s Creed iaitu “Enter the Assassins” dan “The New Creed” dan juga dua misi untuk free world iaitu “Templar Hunt” dan “Artifact Hunt”.

Bagi pemilik Pas Semusim, pemain juga boleh bermain sebagai Darcy iaitu seorang Assassin, dia boleh digunakan di mod permainan solo dan juga dalam talian. Darcy mempunyai kebolehan seperti berikut;

  • Hidden Blade – Digunakan sebagai serangan melee dan juga takedown
  • Eagle Drone – Dron yang boleh digunakan untuk melihat persekitaran dan juga boleh meletup untuk menghasilkan kesan elektromagnetik
  • AR Disguise – Membolehkan pemain memakai uniform bersesuaian dengan kawasan tersebut

Selain itu, kemaskini ini juga menyertakan penambahan baharu untuk mod dalam talian dan juga mod permainan solo seperti berikut;

Mod Dalam Talian:

  • Invasion PvP – Inavders kini boleh menjadi mana-mana watak untuk melarikan diri manakala Search boleh menggunakan senjata, kebolehan mereka dan juga pelbagai peralatan untuk mencari
  • Extraction PvP – Satu pasukan perlu dapatkan satu data crypto dan memuat naiknya di satu tempat, manakala satu pasukan lagi perlu memburu mereka

Mod Permainan Solo:

  • Mod Resistance: Pemain boleh bermain kempen penceritaan dengan lebih mencabar iaitu –
  • Permadeath akan dibuka
  • Tube station untuk Fast Travel tidak boleh digunakan
  • Semua orang ramai tidak menyukai DeadSec
  • Kebolehan mempunyai masa cooldown yang lebih lama

Watch Dogs: Legion of the Dead juga sudah dikeluarkan yang akan memberi bentuk permainan roguelite, di mana pemain perlu menyelamatakan diri daripada pelbagai penjahat di bandar London.

Watch Dogs: Legion sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini; Ulasan Mini – Watch Dogs Legion.

Sohor Kini