1C Entertainment dan Prime Matter akhirnya melancarkan permainan strategi mengikut turutan King’s Bounty II. Ia hadir di PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Boleh juga dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang.

Anda boleh tonton treler pelancaran di bawah.

Di dalam permainan ini, pemain boleh bermula dengan memilih salah satu daripada tiga watak yang disediakan iaitu Aivar yang merupakan kelas Fighter, Katherine sebagai Mage dan juga Elisa iaitu kelas Paledin. Atas sebab tertentu, pemain akan dimasukkan ke dalam penjara tetapi dilepaskan selepas itu dan perlu menolong Raja untuk melawan satu musuh.

Permainan ini menyertakan pelbagai elemen pilihan di mana ia akan menentukan kejadian di dalam dunia ini. Manakala pertempuran adalah mengikut turutan dengan pelbagai kebolehan boleh digunakan berdasarkan watak serta kelas yang dipilih.

Sohor Kini