Microsoft dan Xbox Game Studios ketika persidangan khas di Gamescom berkongsi lanjut mengenai Forza Horizon 5, antaranya mereka memperlihatkan muka depan untuknya yang menjadikan Mercedes-AMG One sebagai kereta utama.

Selain itu, mereka juga berkongsi 8-minit video bentuk permainan yang memperlihatkan pemanduan pelbagai jenis kereta yang akan tiba di dalam permainan ini.

Selain itu, mereka juga mengumumkan alat kawalan Xbox akan menerima edisi khas untuk Forza Horizon 5, dan ia membawa rekaan berwarna kuning lutsinar dan memperlihat komponen dalaman.

Ia juga mempunyai semburan warna biru dan pink di beberapa bahagian, butang dan stick juga membawa warna tersebut. Di bahagian tepi ia juga membawa kemasan bergetah seperti Aqua Shift yang tiba sebelum ini.

Alat kawalan Forza Horizon 5 ini boleh di pra-tempah sekarang dengan harga $74.99 (~RM316), setiap pembelian juga akan disertakan bersama dengan DLC khas untuk permainan.

Forza Horizon 5 akan dikeluarkan pada 9 November 2021 untuk Xbox One, Xbox Series dan PC. Ia juga akan disertakan di dalam Xbox Game Pass.

Sohor Kini