Xbox Game Studios dan Undead Labs tidak mengambil kesempatan persidangan Xbox di Gamescom hari ini untuk mengumumkan tarikh pelancaran buat State of Decay 3, sebaliknya mereka mengumumkan kemaskini terbaru untuk State of Decay 2 iaitu Homecoming.

Seperti judulnya, kemaskini ini akan membawa pemain kembali ke Trumbull Valley iaitu kawasan di mana permainan State of Decay berlaku. Ia akan menerima penambah-baikkan, dan akan membawa penceritaan baharu mengenai perkembangan di tempat tersebut.

Ia akan menyertakan 6 kem baharu bersama dengan pelbagai senjata, pakaian yang hanya boleh dijumpai di Trumbull Valley. Pemain juga boleh melakukan misi dan mendapat pencapaian baharu di peta ini.

Selain itu, mereka juga telah mengumumkan yang State of Decay 2 kini telah dimainkan oleh 10 juta pemain sejak dilancarkan pada tahun 2018. Kemaskini Homecoming ini akan dikeluarkan secara percuma pada 1 September 2021.

State of Decay 2: Juggernaut Edition sudah dikeluarkan untuk Xbox One dan PC. Ia juga boleh dimainkan di Xbox Series melalui keserasian belakang, dan disertakan di dalam Xbox Game Pass.

Sohor Kini