Microsoft hari ini telah mengumumkan yang sistem permainan awan mereka iaitu xCloud akan tiba untuk konsol Xbox pada hujung tahun ini, perkhidmatan ini adalah sebahagian daripada Xbox Game Pass Ultimate.
Dengan menggunakan xCloud, pemain di konsol Xbox One dan juga Xbox Series boleh bermain permainan tanpa memuat turun terlebih dahulu, selain itu, ia juga memboleh Xbox One memainkan permainan yang eksklusif untuk Xbox Series, akan tetapi ia berkemungkinan tidak akan tiba hujung tahun ini.
xCloud sebelum ini sudah tiba untuk PC, iOS dan Android melalui aplikasi dan juga pelayar. Microsoft juga merancang untuk menyokong fungsi ini secara terus di TV pintar agar anda tidak memerlukan konsol tambahan untuk menggunakannya.
Dengan perkhidmatan ini masih lagi memfokuskan kepada negara-negara di Amerika Utara, Eropah dan Jepun, pusat data untuk xCloud masih tidak disertakan di Asia Tenggara oleh itu berkemungkinan ia masih lagi sukar untuk berfungsi dengan baik bagi pengguna tempatan.