Microsoft dan Xbox Game Pass hari ini telah menganjurkan persidangan bersempena dengan Gamescom, dan antara yang diumumkan oleh mereka adalah permainan-permainan Humble Games akan disertakan di dalam Xbox Game Pass pada hari pelancaran.

Anda boleh tonton kesemua permainan melalui treler khas yang dikongsi.

Berikut adalah permainan-permainan yang diperlihatkan;

  • Archvale
  • Next Space Rebels
  • Midnight Fight Express
  • Dodgeball Academia
  • Bushiden
  • Flynn
  • Unpacking
  • Signalis
  • Unsighted
  • Chinatown Detective Agency

Setiap permainan akan dilancarkan pada tarikh yang berbeza akan tetapi satu yang pasti adalah jika anda pelanggan Xbox Game Pass, anda dapat bermain secara percuma.

Bagi anda yang ingin mengetahui lanjut, ataupun ingin mengetahui cara untuk melanggan Xbox Games Pass for PC anda boleh membacanya di artikel – 5 Tip Penggunaan Xbox Game Pass for PC.

Sohor Kini