Bungie hari ini telah mengadakan persidangan khas untuk berkongsi informasi terbaru mengenai permainan Destiny 2, dan antara yang diumumkan adalah penambahan iaitu The Witch Queen akan dikeluarkan pada 22 Februari 2022.

Anda boleh tonton treler pengumuman di bawah.

The Witch Queen sepatutnya tiba pada tahun ini, akan tetapi pada bulan Mac lepas, mereka telah menundanya ke tahun hadapan untuk memberi lebih masa kepada pembangun yang masih terkesan dengan Covid-19, selain itu, The Witch Queen juga akan memainkan peranan penting untuk penceritaan di dalam Destiny 2.

Bercakap mengenai penceritaan, di dalam The Witch Queen, Guardians akan bertemu dengan Savathun iaitu satu watak baharu yang merupakan kakak kepada Oryx iaitu penjahat di dalam The Taken King. The Witch Queen juga akan menyertakan kawasan baharu dan antaranya adalah Throneworld.

Destiny 2 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, PC dan Stadia. Dengan hadirnya musim baharu iaitu Season of the Lost, ia juga kini menyokong fungsi rentas platform di mana pemain boleh bermain bersama dengan pemain di platform yang berlainan.

Sohor Kini