Valorant Menerima Koleksi Kosmetik Baharu – Recon Skin Line

Riot Games telah melancarkan koleksi kosmetik baharu untuk Valorant iaitu Recon Skin Line yang akan memberikan rekaan baharu untuk senjata Phantom, Balisong, Ghost, Spectre dan Guardian. Ia membawa rekaan ketenteraan yang moden.

Koleksi ini boleh didapatkan dengan harga 7,100 VP, seperti biasa penambahan hiasan juga tiba berdasarkan tahap untuknya, ia adalah seperti berikut;

  • Senjata
    • Tahap 1 – Model khas untuk penanda ADS
    • Tahap 2 – Hiasan Sisi Secara Rawak
    • Tahap 3 – Hiasan Bawah Secara Rawak
    • Tahap 4 – Kill Banner
    • Varian 1 – Penyamaran Merah
    • Varian 2 – Penyamaran Biru
    • Varian 3 – Penyamaran Hijau 
  • Balisong (Butterfly Knife Melee)
    • Tahap 1 – Model Khas
    • Tahap 2 – Animasi dan Audio
    • Varian 1 – Penyamaran Merah
    • Varian 2 – Penyamaran Biru
    • Varian 3 – Penyamaran Hijau 

Valorant sudah dikeluarkan untuk PC dan versi mudah alih juga diumumkan dan sedang dibangukan. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini