Sniper Ghost Warrior Contracts 2 sudah dilancarkan untuk hampir kesemua platform termasuk juga untuk generasi terkini Xbox Series pada bulan Jun lepas, akan tetapi untuk PlayStation 5 ia telah tertunda dan pemain hanya boleh bermain melalui fungsi keserasian belakang.

Hari ini, CI Games telah mengumumkan dan juga melancarkan Sniper Ghost Warrior Contracts 2 untuk PlayStation 5, anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Sniper Ghost Warrior Contracts 2 yang dinamakan sebagai Elite Edition untuk PS5 ini akan menyertakan penambah-baikkan visual dan jug tekstur, pemain juga boleh memilih di antara Visual Mode (4K, 30FPS) ataupun Performance Mode (2K, 60FPS).

Ia juga akan mengambil kelebihan daripada DualSense dengan sokongan picu penyesuai dan juga getaran haptik. Seperti mana permainan konsol generasi terkini yang lain, ia juga akan mempunyai skrin pemuatan yang pantas. Tambahan daripada itu, pemain juga akan mendapat Crossbow Carnage iaitu pek senjata dan juga penambahan Butcher’s Banquet.

Pembelian untuk Sniper Ghost Warrior Contracts 2 Elite Edition dengan harga RM169 atau Ultimate Edition dengan harga RM209 akan memberikan permainan untuk PS4 dan juga PS5, manakala edisi biasa yang juda dengan harga RM169 adalah untuk PS4 sahaja.

Sohor Kini