Xbox Game Studios dan Mojang Studios telah mengumumkan yang mereka akan melancarkan Minecraft Dungeons di Steam pada 23 September ini, ia dilancarkan pada 26 Mei tahun lepas akan tetapi di PC ia terhad kepada Windows Store dan juga Xbox Game Pass for PC.

Buat masa ini harga untuk pasaran Malaysia masih tidak senaraikan akan tetapi berdasarkan penawaran di luar negara ia adalah $19.99 (~RM84) untuk edisi biasa dan $39.99 (~RM168) untuk edisi Ultimate yang akan menyertakan kesemua 6 DLC bersama dengan muzik runut dan juga karya digital.

Sokongan untuk fungsi simpanan awan sebelum ini sudah tiba di semua platform yang membolehkan pemain menggunakan watak yang sama di mana-mana platform, buat masa ini tidak disahkan lagi jika Steam akan turut menyokong-nya.

Minecraft Dungeons sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui sokongan keserasian belakang. Anda boleh baca ulasan kami di pautan ini; Ulasan Minecraft Dungeons – Permainan Serba Ringkas

Sohor Kini