Ubisoft telah mengumumkan yang kemaskini terbaru untuk Assassin’s Creed Odyssey akan memberikan penambah-baikkan apabila ia dimainkan di konsol generasi terkini iaitu PlayStation 5 dan Xbox Series walaupun ia sekadar dimainkan melalui sokongan keserasian belakang.

Kemaskini 1.6.0 ini membolehkan permainan Assassin’s Creed yang dikeluarkan pada 2018 tersebut dimainkan dengan kadar kelancaran 60FPS. Kemaskini ini sepatutnya sudah tiba untuk semua pemain yang memilikinya.

Assassin’s Creed Odyssey sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang.

Sohor Kini