Bethesda hari ini telah melancarkan penambahan terbaru untuk The Elder Scrolls Online iaitu Waking Flame. Ia sudah tiba untuk PC serta Mac, dan akan tiba untuk konsol iaitu PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series termasuk juga Xbox Game Pass pada 8 September ini.

Anda boleh tonton video pelancaran di bawah.

Waking Flame merupakan sebahagian daripada penceritaan untuk Gates of Oblivion dan meneruskan bab Blackwood. Penceritaan ini dijangka akan berakhir pada akhir tahun ini.

Selain itu, mereka juga mengumumkan yang kemaskini 31 akan tiba untuk permainan ini, di mana ia akan memberikan resolusi dinamik untuk mod Performance di Xbox Series dan PS5, iaitu 1080p-2160p di Xbox Series X dan PS5, dan 1080p-1440p di Xbox Series S.

Pemain di PC juga akan menerima fungsi multithreading secara beta, dan ia dijangka akan mempertingkatkan FPS secara keseluruhan.

The Elder Scrolls: Online sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, PC dan Mac.

Sohor Kini