Steam telah berkongsi senarai permainan yang mendapat pendatang tertinggi di Steam pada bulan Julai, senarai ini hanya menyertakan permainan yang dikeluarkan pada bulan lepas, dan mengambil kira jumlah pendapatan dalam masa 2 minggu ia dilancarkan.

Pada bulan lepas, Square Enix telah melancarkan semula tiga permainan pertama untuk siri Final Fantasy, iaitu melalui koleksi Final Fantasy Pixel Remaster. Ia menawarkan peningkatan kualiti grafik untuk tiga permainan klasik tersebut dan tidak mengejutkan ketiga-tiga permainan tersenarai di dalam senarai ini.

Berikut adalah senarai 20 permainan tetapi tidak disusun mengikut sebarang aturan;

  • Monster Hunter Stories 2: Wings of Ruin
  • Mini Motorways
  • Chernobylite
  • F1 2021
  • Final Fantasy I
  • Final Fantasy II
  • Final Fantasy III
  • The Ascent
  • Hell Let Loose
  • GrandChase
  • Orcs Must Die! 3
  • Warhammer 40,000: Battlesector
  • Samurai Warriors 5
  • Yx IX: Monstrum Nox
  • Tribes of Midgard
  • Death’s Door
  • The Great Ace Attorney Chronicles
  • Ghost Hunters Corp
  • Starbase

Selain senarai di atas, Valve juga membahagikan senarai kepada beberapa kategori seperti permainan percuma, permainan Remastered, dan juga pembangun yang melancarkan permainan buat pertama kali di Steam. Anda boleh lihat kategori-kategori ini dan juga senarai penuh di laman Steam.

Sohor Kini