Supercell sebelum ini telah memperkenalkan beberapa permainan popular pada peranti mudah-alih, termasuk Clash of Clans, Clash Royale dan juga Brawl Stars. Terbaru, hari ini Supercell turut memperkenalkan satu lagi permainan baharu dinamakan Everdale.

Everdale telah dilancarkan dibeberapa buah negara, termasuk Malaysia. Melaluinya, ia menawarkan bentuk permainan yang dimainkan menegak pada telefon pintar, dimana pemain akan membina pekan mereka tersendiri.

Ketika proses membina pekan, pemain akan perlu mengumpulkan sumber, memilih watak yang tepat dan sebagainya.

Berbeza dengan bentuk peperangan atau perlawanan pada permainan sebelum ini, Everdale lebih kepada corak yang aman, dimana pemain akan membina pekan mereka, dan turut bekerjasama dengan pemain lain dalam mengembangkan pekan masing-masing.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Everdale hari ini melalui Google Play Store atau Apple AppStore – dan memainkan permainan bercorak keamanan dan ketenangan ini daripada Supercell.

Sohor Kini